http://www.wornrecords.ca/wp-content/uploads/love.is_.our_.weapon.1.jpg

Saturday, May 15, 2010

Manusia Pelupa

Semua tahu mencintai seseorang yang bukan milik kita amat menyakitkan. Biasalah , the truth is always hurt . Tapi bagi mereka yang berfikiran sebaliknya sentiasa ke arah positif . Apa yang berlaku ada hikmah yang baik tersembunyi . Cuma kita perlu mengkaji dan menilainya . Hidup sebenarnya suatu anugerah apabila kita menghargainya . Tapi manusia adalah makhluk yang pelupa . Kebanyakannya mempunyai sifat-sifat tersendiri sampaikan ada yang lupa siapa yang mencipta kita , siapa yang memberi kita udara untuk bernafas , siapa yang memberi kita rezeki , siapa yang ingatkan kita bila kita lupa , siapa beri kita anggota badan yang sempurna , saraf yang sempurna , siapa yang beri kita peluang untuk hidup selepas tidur . Ramai akan jawab itu Tuhan kita . Tapi pernah kita berdoa , bersujud kepada-Nya ?? Berapa kali kita ucapkan kata syukur dalam sehari ? Memang aku tak nafikan jari-jari yang tengah menekan keyboard ini kuasa Tuhan . Dan aku bukanlah seorang manusia yang baik . Aku pun seperti korang semua , banyak buat dosa di dunia ini . Manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan walaupun sekecil kuman . Tapi bukankah ajaran Nabi untuk saling ingat-mengingati sesama umat . Aku bukanlah manusia yang sempurna imannya . Aku tak layak untuk berkata sebegini kerana aku bukanlah penceramah ataupun Ulama’ . Aku cuma insan yang biasa yang memerlukan kasih sayang daripada seorang insan . Seumur hidup aku , belum lagi aku selami dunia luar seperti di bandar besar , Kuala Lumpur . Setakat singgah mana-mana shopping mall adalah . Cuma di sebelah malam yang dikatakan menjadi bandar maksiat . Itu mungkin hidup mereka tetapi kadangkala aku kesian kerana mereka seperti lupa kepada Tuhan . Tuhan jadikan malam untuk berehat tapi mereka , Masya-Allah . Pernyataan yang dinyatakan di atas adalah penilaian dari jauh dan aku tidak malu untuk menyatakan ia . Dalam i/c tertulis agama yang di pegang , agama Islam . Tapi muslimkah kita ? Berapa banyak yang telah melakukan ‘pembunuhan’ terhadap bayi yang tak bersalah ? Dalam Al-Quran tidak pernah tertulis untuk ‘membunuh’ kecuali menegakkan agama Islam . Dalam Islam pun mengharamkan untuk melakukan ia . Aku bersyukur kerana aku tidak tergolong seperti mereka tetapi berzina tetap dosa besar . Jujur aku katakan , aku respect kepada mereka yang tidak ‘membunuh’ dan berharap mereka akan insaf . Ampuni kesilapan aku yang pernah aku lakukan kepada korang . (Siapa yang makan cili , terasa pedasnya) . Korang nak bush aku , aku tak takut . Terima Kasih ^^

No comments:

Post a Comment