http://www.wornrecords.ca/wp-content/uploads/love.is_.our_.weapon.1.jpg

Sunday, May 16, 2010

Genre Core

Wujudnya genre core , rock dan yang sewaktu dengannya , orang dah tau genre-genre ni agak'sucks' tapi bagi aku if genre ni digunakan dengan baik , tak salah kalau kita just meminati unsur ganasnya sahaja . Jangan sampai terikut-ikut sampaikan ada yang tak tahu agama sebenar , hadirnya generasi yang free thinker , black metal , punk , skinhead . Aku rasa kalau genre core ni still on their way but their style simple , okay gak . Melodi ganasnya tetap kedengaran , betul tak ? Tapi itu lah , sentiasa nak yang lebih , macam ini lah jadinya . Ramai di kalangan membe aku suka gila dengar music aliran hardmetal , rock , yang jerit-jerit tuh sampaikan cara dorang berpakaian semua berubah . Muka yang berseri tu , terus ada banyak besi-besi yang melekat di setiap penjuru muka macam lembu . Senangnya mereka terpengaruh sedangkan mereka sebenarnya tahu benda itu haram di sisi Islam . Ia seperti menyamai manusia dengan haiwan . Aku pn ada lah tindik-menindik juga , kat telinga , tapi tkde lah smpai ada yang kat pusat , kening , bibir , hidung . Aku tengok macam Orang Gawai(betul la kot) . Siap ada tattoo lagi kat badan , haish . Sedih benar aku tengok T_T .





Saturday, May 15, 2010

Jodoh Oh Jodoh

Jodoh terbahagi kepada tiga kategori iaitu :-

A.Lelaki

B.Perempuan

  1. Jodoh Syaitan – AB bercinta . A melakukan zina dengan B dan B mengandung jadi , mereka terpaksa berkahwin .
  2. Jodoh Jin – A nakkan B ataupun sebaliknya , tapi A gunakan ilmu hitam untuk dapatkan B dan AB berkahwin .
  3. Jodoh Allah – Bermula dengan pandangan mata AB , A masuk minang , AB bernikah dan berkahwin .

Syurga Cinta(support local movie) panduan aku menaip benda ini . Jangan mudah percaya dengan kata-kata lelaki . Kawan pun boleh jadi musuh kita , merekalah yang tak patut kita percaya sangat . Jadi , cari kawan yang boleh hargai kita dan memahami kita . Bukan yang merosakkan kita . Bagi remaja , kebebasan yang sentiasa ada di otak kita , betul tak ? Segelintir saja . Bersyukurlah kalau dapat ibubapa yang paham kita , jangan hancurkan kepercayaan dorang kepada kita okay !

Manusia Pelupa

Semua tahu mencintai seseorang yang bukan milik kita amat menyakitkan. Biasalah , the truth is always hurt . Tapi bagi mereka yang berfikiran sebaliknya sentiasa ke arah positif . Apa yang berlaku ada hikmah yang baik tersembunyi . Cuma kita perlu mengkaji dan menilainya . Hidup sebenarnya suatu anugerah apabila kita menghargainya . Tapi manusia adalah makhluk yang pelupa . Kebanyakannya mempunyai sifat-sifat tersendiri sampaikan ada yang lupa siapa yang mencipta kita , siapa yang memberi kita udara untuk bernafas , siapa yang memberi kita rezeki , siapa yang ingatkan kita bila kita lupa , siapa beri kita anggota badan yang sempurna , saraf yang sempurna , siapa yang beri kita peluang untuk hidup selepas tidur . Ramai akan jawab itu Tuhan kita . Tapi pernah kita berdoa , bersujud kepada-Nya ?? Berapa kali kita ucapkan kata syukur dalam sehari ? Memang aku tak nafikan jari-jari yang tengah menekan keyboard ini kuasa Tuhan . Dan aku bukanlah seorang manusia yang baik . Aku pun seperti korang semua , banyak buat dosa di dunia ini . Manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan walaupun sekecil kuman . Tapi bukankah ajaran Nabi untuk saling ingat-mengingati sesama umat . Aku bukanlah manusia yang sempurna imannya . Aku tak layak untuk berkata sebegini kerana aku bukanlah penceramah ataupun Ulama’ . Aku cuma insan yang biasa yang memerlukan kasih sayang daripada seorang insan . Seumur hidup aku , belum lagi aku selami dunia luar seperti di bandar besar , Kuala Lumpur . Setakat singgah mana-mana shopping mall adalah . Cuma di sebelah malam yang dikatakan menjadi bandar maksiat . Itu mungkin hidup mereka tetapi kadangkala aku kesian kerana mereka seperti lupa kepada Tuhan . Tuhan jadikan malam untuk berehat tapi mereka , Masya-Allah . Pernyataan yang dinyatakan di atas adalah penilaian dari jauh dan aku tidak malu untuk menyatakan ia . Dalam i/c tertulis agama yang di pegang , agama Islam . Tapi muslimkah kita ? Berapa banyak yang telah melakukan ‘pembunuhan’ terhadap bayi yang tak bersalah ? Dalam Al-Quran tidak pernah tertulis untuk ‘membunuh’ kecuali menegakkan agama Islam . Dalam Islam pun mengharamkan untuk melakukan ia . Aku bersyukur kerana aku tidak tergolong seperti mereka tetapi berzina tetap dosa besar . Jujur aku katakan , aku respect kepada mereka yang tidak ‘membunuh’ dan berharap mereka akan insaf . Ampuni kesilapan aku yang pernah aku lakukan kepada korang . (Siapa yang makan cili , terasa pedasnya) . Korang nak bush aku , aku tak takut . Terima Kasih ^^

#2

Assalamualaikum , this is my second blog . Aku akan taip perkara yang agak sensitive di kalangan masyarakat tetapi no politics ! Kebanyakannya tentang kehidupan manusia yang bergelar remaja seperti aku yang sedang meningkat dewasa . Buka hati , buka minda , tak salah untuk aku mencuba menghadapi risiko . And for my first blog , I will story about what am I doing , what had happening to me and so on . That’s all :D